Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Monday, November 15, 2010

Hanya kerana Allah

by the name of ALLAH

Khas buat akhwat-akhwatku yang dicintai kerana Allah:

"Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang diajak untuk menginfakkan hartamu di jalan Allah. Lalu di antara kamu ada yang kikir, dan barangsiapa yang kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri..." [47:38]

Sungguh, kesungguhan yang antunna tunjukkan membawa seribu erti dalam diri ini. Walau antunna juga masing-masing punya amanah dan tanggungjawab sendiri. Tapi, usaha yang antunna buat, amat mengagumkan. Antunna buat sungguh-sungguh, tanpa alasan, tanpa jemu dan tanpa putus asa. Moga antunna terus-menerus berbuat hanya kerana Allah.

Walau dalam hujan,
Walau dalam penat,
Walau dalam susah,
Walau dalam sukar,
antunna tetap saja berbuat.
Alhamdulillah..
Teruslah berbuat hanya kerana Allah.


Moga melimpahnya Rahmat, kasih sayang dan ganjaran dari Allah buat antunna. Moga Allah sentiasa terus Mempermudahkan urusan kita, dunia dan akhirat.

Ingatlah, walau kita rasa amanah yang kita pegang sekarang sepertinya loading 3-4 orang yang perlu kita laksanakan.. sedarlah bahawa, sebenarnya itulah kemampuan kita. Ini barulah kualiti namanya, kerana kita mengoptimumkan tenaga dan kebolehan serta kelebihan yang kita miliki, hanya kerana Allah.

Moga kita terus istiqomah dan istimrar di jalanNya.
"Kerana itu, serulah mereka beriman dan tetaplah (beriman dan berdakwah) sebagaimana diperintahkan kepadamu (Muhammad).." [42:15]

"Maka tetaplah engkau (Muhammad) di jalan yang benar, sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan juga orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas" [11:112]

Salam Aidiladha.. ^_^

5 comments:

  1. ya.. tahniah buat semua akhwat yang bersusah payah dan banyak berkorban selama ini.
    tanpa antunna, siapalah ana.
    jzkk

    ReplyDelete
  2. ukht..

    pembetulan ayatnya.
    *tanpa Allah, siapalah ana.
    ^_^

    ReplyDelete
  3. peringatan buat diri yg bermakna...jazakillah mengingakan...ayat2 Allah mmg memberi ketenangan.. moga terus teguh!

    ReplyDelete
  4. salam ukhti.., ana sayang ukhuwah ini kerana Allah.. subhanallah! sangat ta'ajub ana sebenarnya pada istilah rabithah hati, semalam ana baru nak add contact kat ym dan org itu adlh anti, nganh loading tibe2 dpt invitation dari anti pule, asif lambat approve sebab teknikal problem, anyway jazakillah atas entry ni.. ia memberi jawapan bagi setiap persoalan ana selama ni.. jom teruskan ta'aruf, (n_n)

    ReplyDelete
  5. selamat bermujahadah kepada akhwatku yang dikasihi sekalian. Bagi yang bakal menghadapi exam, moga cemerlang dunia akhirat :)

    ReplyDelete

Ada benarnya: