Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Monday, November 22, 2010

Sabar je la..

by the name of ALLAH


Kelmarin:

Ibu: Nanti balik, tengoklah.. rumah dah berwajah baru..
Ana: Oh ye ke? Apa yang barunya?
Ibu: Haha.. tak adalah apa yang baru sangat. Dah tebang pokok je kat laman rumah tu.
Ana: Oo.. ingatkan ape tadi.
Ibu: Ye la. Kena bersih-bersihkan rumah. Kot-kotlah ada orang yang nak datang hujung-hujung tahun ni.
Ana: Aaa.. siapa pula yang nak datang?
Ibu: Datang meminang kamu la.
Ana: Haa.. mana ada la. Takda pun.. Takda-takda.
Ibu: Doalah ada, kamu ni.. Takda ke khabar-khabar lagi?
Ana: Tak ada la, ibu ni.. Takda-takda-takda.
Ibu: Doa lah. Hishh.. kamu ni.

Semalam:

Ibu: Adik Mak Usu ada datang rumah. Dia lecturer UMP.
Ana: Oh ye ke? Ajar apa?
Ibu: Tak ingatlah pulak. Sekarang ni dah nak sambung PHD.
Ana: Oo.. bagus. bagus. bagus.
Ibu: Ha, dia pesan suruh kamu jangan sambung belajar dulu. Duduk dulu kat rumah. Kawin dulu, lepas tu.. nak sambung, sambung la.
Ana: Eh, kenapa pulak? Macam lah tak boleh nak nikah waktu sambung master.
Ibu: Adik Mak Usu tu cerita.. ramai yang ambil master bawah dia sekarang masih tak kawin-kawin.
Ana: Ala, boleh je kan kawin time belajar pun. Tu diorang je.. Kenapa diorang yang sambung tu tak kawin lagi pulaknya?
Ibu: Sebabnya.. lelaki takut nak meminang, dah belajar tinggi-tinggi

Dalam hati** Aik, ingatkan dulu-dulu je kes macam ni. Sekarang pun banyak lagi rupanya?? Kenapa lelaki nak takut pulak? Isk.

Ana: Alaa.. boleh je la sebenarnya. Tu, sebab diorang tak ikut halaqah ni. Takda siapa nak carikan kot. Adik Mak Usu tu dah kawin tak?
Ibu: Dia kata, ada jugak halaqah kat UMP ni. Dia dah kawin dah. Dia dengan isteri dia sama-sama belajar dan sambung master. Sebab tu, kena kawin dulu. Nanti dah tua tak kawin-kawin lagi pulak.

Nasib baik dia dah nikah. Wargh.. fatwa apakah yang diberi ni? Masih ada statement-statement sebegini yang berjaya mempengaruhi pemikiran ibuku yang dicintai kerana Allah. Aduhai.. Risau benar ibu ni..

Bukankah sebenarnya.. semuanya telah ditetapkan dalam Lauh Mahfuz?

“Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau kering, yang tidak tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)” [Al-Ana'm, 6:59]

~Kalau dah jodoh, tak ke mana.. Lambat atau cepat, tunggu je la. Kalau memang dah tak ada pulak.. nak buat macam mana Bu.. ~
 
Wallahua’lam.

14 comments:

  1. wahhh..
    ukhti...
    mak dah ckp pasal kawin ni...
    xpe2... Allah da tetapkan sejak dr luh mahfuz lagi,ajal,jodoh, rezeki, hidup kita...
    apapun terjadi, minta kita istiqamah dijalanNya...

    ReplyDelete
  2. salam,kalau boleh tahu siapakah gerangan anak mak usu tu?macam kenal sbb yang ambil master di u tu dan sudah berkahwin tak ramai.mungkin juga tutor saya,mungkin..mungkin

    ReplyDelete
  3. Salam..

    To anonymous1: InsyaAllah. Nanti mak anti ckp pasal kawin pulak.. mesti pening kepala. Huhu..

    To anonymous2: Hehe.. Rahsia. Mana boleh bagitahu. Kalau nak cari, pergilah tanya, usha2 kata nak sambung master, tengok.. dia suruh kawin dulu tak. Huhuhu.. Jangan marah.

    ReplyDelete
  4. hehe..tapi mmg di u tu,rata-rata yang buat master belum berkahwin(dari pemerhatian sendiri)ada pon x ramai.boleh dibilang dgn jari sendiri.pape pon,tuntutlah ilmu sebanyaknya.

    jemput datang bumi kuantan,tiada ape yang menggembirakan melainkan ketenangan pantai2 nya :)

    ReplyDelete
  5. To anonymous:

    Aik.. pantai2 yang banyak maksiat orang dating tu boleh kata tenang? Isk2.. Lagi2 teluk cempedak tu. Eh silap, sorry terngumpat. Abaikan.

    Ana memang tinggal kat kuantan la.. Belajar je kat perak ni. Memang pun~~ kat U ana ni pun, ramai master tak nikah lagi. Takde jodoh lagi.. Huhu..

    Duk kuantan, kat mana? Er.. terberkenalan pulak kat sini ye. ^_^

    ReplyDelete
  6. hehe..bukan ckp psl maksiat tu,tp keindahan pantainya,cth kempadang,beserah,pantai sepat pon lawa.tapi kempadang serius lawa.kwn ckpla xpernah smpai lg.tc?hurm..no komen.
    hehe,silakan taaruf.takdela duk kuantan,tp boleh kire dkt gak la.
    1 lagi,tanjung lumpur ngan pantai lagenda,pekan.
    sory cter psl ni disini pula.

    ReplyDelete
  7. Hoo.. banyaknya tahu pasal Kuantan ni..
    Ana dududk kuantan lebih 10 tahun untill sekarang pun, tak tahu kempadang tu. Huhu.. sebab selalu berhijrah. Rumah je yang stay.

    Hmm, takpelah cerita kat sini pun..
    Ni siapa ye? Student UMP? Tak aci la taaruf mcm ni. Guna anonymous je..

    ReplyDelete
  8. Hmm..

    Might be wrong question I've asked?
    Sorry if sepatutnya tak payah tanye.
    Huhu.. ^_^

    ReplyDelete
  9. herm..

    teringat kat rumah.mak pun kata dah berwajah baru.tapi dari konteks lainlah..

    3 bulan tak balik rumah, tapi mak ayah tetap ingat pada kita..

    oh, moga cepat-cepatla nikah.dah nikah, boleh bincang perjalanan dakwah yang lebih matang..
    insyaAllah~

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah...dah dapat green light...bisur'ah ya ukhti...jgn tunggu lama2,doakan ana jugak ye...hampir 4 tahun melobi xdpt2 lagi...huhu

    ReplyDelete
  11. Salam.

    Maaf.. post kali ini bukan nak menyatakan tentang nikah awal atau yang sewaktu dengannya..

    Tapi, harap semua jelas.. post ini bawah label: Life is Only a Game.

    Minta supaya kita semua sama-sama sedar bahawa semua yang ghaib, dan lain-lain semua yang kita tidak tahu.. telah ditetapkan di Lauh Mahfuz.

    Maka.. jadilah hamba Allah yang sentiasa Redha dengan ketentuanNya supaya bertambahnya iman kita kepadaNya. Dan, sentiasalah berharap agar Allah Redha dengan kita.

    Kita redha.. akan diredhaiNya. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  12. salam ukhti...

    ukhti jgn nafikan juga apa yg mak anti ckp..ada benarnya. Islam juga sgt menekankan ttg pernikahan sekufu.

    lengkapkan diri dgn ilmu. terkadang kte memandang pendapat org sekeliling yg mgkin x ikut usrah @ halaqah sbg salah tetapi terkadang ia seiring je dgn islam.


    hidup indah dgn syariat ~

    ReplyDelete

Ada benarnya: