Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Sunday, November 21, 2010

Menyunting Hati

by the name of ALLAH

Dulu..
Situasi: Di dalam kereta.

Ana: Jom. Tak nak turun lagi?
.....
Dia: Ana rasa kan.. lebih baik sebenarnya kalau kita pergi time tu.
Ana: Oo.. betul juga. Tapi, ok je rasanya sebab kita melatih mereka.
Dia: Betul. Latih tu betul. Cuma.. bla..bla..bla
Ana: Tu satu kes. Betul juga la kot. Kita mungkin boleh bla..bla..bla..

Dia: Kalau tentang bla..bla..bla..
Ana: Ya. Sama la macam waktu kita dulu.
Dia: A ah.. Waktu dulu tu.. bla..bla..

Ana: Kejap-kejap. Cuba buka dashboard tu.
Dia: Buat apa?
Ana: Takpe. Buka je. Ha, tolong ambilkan pen dengan kertas tu.
Dia: Eh, nak buat apa?
Ana: Nak catitlah.. apa yang kita bincang ni.
Dia: La.. anti, ana cuma nak meluahkan je..
Ana: Erk.. huhu.. ye ke?

Ya.. kadangkala, perempuan pasti akan meluahkan apa yang tersirat. Untuk merasa lebih tenang dan sekadar mahu didengar. Aku kah yang kurang memahami naluri wanita itu sendiri? Oh~

Hm.. mungkin ya dan mungkin tidak. Mungkin kerana memang saya jenis berfikiran direct-to-the-point. Tapi, tidak mengapa. ^_^ Kadang-kadang kita boleh belajar dari pengalaman. Dan, pastilah setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya.

Saya akan terus belajar untuk lebih memahami perasaan orang lain. Walaupun ada yang mengatakan saya melankolik (mungkin kerana lebih banyak diam dan memerhati), hakikatnya.. saya selalu berhadapan dengan masalah dan konflik dengan mereka yang sebenarnya melankolik dari sudut perasaan. Sukar benar saya memahami perasaan mereka. Bila saya tegur, sedikit pun saya tidak rasa bahwa teguran itu akan melukakan hati mahupun boleh mengguris hati. Semuanya direct saja. Yang saya tahu, yang silap perlu dibetulkan. Kadang-kadang, gurau saja, tapi orang yang mendengar jadi terguris pula. Aduh..

Bila saya tahu ada yang terasa dengan saya.. puas saya fikir, kenapa dan bagaimanakah cara lembut yang boleh saya sampaikan supaya perkara yang ingin disampaikan itu tersampai. Aduhai.. kurang pekanya hati ini terhadap perasaan orang lain. Moga Allah mempermudahkan untuk saya lebih peka.

Saya seringkali mencuba. Tapi, malangnya.. menyunting hati mereka rupanya seperti.. Erk.Cop! Tak apalah. Tak jadi..


Tapi sebenarnya.. sejak dari dulu, saya akan lebih firm dengan mereka yang rapat dengan saya di alam maya. Kerana, di sini mungkin saya dapat mengenali mereka dari dalam. Dan, mereka juga boleh mengenal saya dari dalam. Malah, ada juga akhwat yang melankolik, memang saya baik dengannya di alam maya. Bila kami bertemu di luar, jarang kami duduk bersama walau jumpa pun sekali-sekala kerana medan berbeza. Dia juga menyatakan keselesaan yang sama sebenarnya. Mungkin kerana di alam maya.. heart to heart. Lebih soft dan lebih menyentuh walaupun saya ni kolarik.


Walau apa pun, kepada mereka yang pernah terasa atau masih terasa dengan saya.. Maafkan saya. InsyaAllah saya akan berusaha memperbaiki diri ini.

**Saya berharap, agar ukhuwah imaniyah kita sentiasa terjaga.. Dalam saya memperbaiki kepekaan perasaan, saya harap agar kita semua tidak mudah terasa dan mudah untuk memaafkan. Jazakumullah.

1 comment:

  1. Sukar benar saya memahami perasaan mereka. Bila saya tegur, sedikit pun saya tidak rasa bahwa teguran itu akan melukakan hati mahupun boleh mengguris hati. Semuanya direct saja. Yang saya tahu, yang silap perlu dibetulkan. Kadang-kadang, gurau saja, tapi orang yang mendengar jadi terguris pula.

    Bahasa ukhuwah memang banyak 'loghat'nya. Ia bukan sekadar teori di atas kertas yang ditari pena. Bukan sekadar keindahan 'new post' yang diketik blogger.

    Tetapi ia medan realiti yang menghubungkan hati.

    Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.
    [Q.S. Al-Anfaal, 8:63]

    Yang penting niatnya pastikan bermuara Allah. Pasti hilirnya akan sama dan tiada bercabang.
    Kerana segala yang datang daripada-Nya pasti akan kembali kepada-Nya.

    Personaliti diri difahami, agar kelemahan dapat diperbaiki. Bukan menjadi alasan agar diri dapat difahami. Sehingga kekuatan diri dapat dimaksimumkan, kelemahan diri dapat diminumumkan.

    Seek first to understand, then to be understood.

    p/s: Rahsia personaliti masih banyak yang belum terungkap. Ia tidak mampu diterjemah di sekitar penggunaan logik dan hujah. Kerana manusia itu makhluk berperasan, maka ia berinteraksi melalui emosi.

    ReplyDelete

Ada benarnya: