Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Saturday, May 15, 2010

Ungkapkan CINTAmu..

by the name of ALLAH

Maafkan daku,
Baru kusedar,
Sedar dari kebiasaanku,
Kebiasaan yang jauh dari madah ungkapan,
Madah ungkapan cinta padaMu..

Jarang rasanya daku mengungkapkannya,
Ungkapan yang sebenarnya patut hadir selalu,
Hadir selalu dalam titipan doa dan luahan padaMu.

Benar, acapkali kumahukanMu,
Kumahukan cinta dan kasih sayangMu,
Kasih sayang yang pasti mengiringi kebahagian,
Kebahagiaan yang tak mampu dikecapi walau dunia menjadi bayaran.

Tapi,
Cinta ini kan kusam, kurang segar dalam ingatan,
dan takkan mungkin bersemi indah tanpa diungkapkan,

Kini,
Ku mahu Engkau tahu..
Ungkapanku padaMu..

Aku cintakanMu Ya RABB ku..

Seringkali kita terlupa.. selalu benar kita memohon dan berharap pada ALLAH. Tapi, kerapkah kita menyatakan CINTA kita padaNYA? Dengan perbuatan, dan juga ungkapan itu sendiri.. Seorang ibu, pasti akan bahagia mendengar ungkapan CINTA dari anaknya. Seorang suami, pasti akan bahagia mendengar ungkapan CINTA dari isterinya. Seorang anak, pasti akan bahagia mendengar ungkapan CINTA dari bapanya.

Begitulah yang kita inginkan.. CINTA teragung kita pada ALLAH dlm ungkapan dan perbuatan yang malah akan membahagiakan diri kita seluruhnya. Jadi, sama-samalah kita tanam dan cambahkan CINTA ini di seluruh pelusuk hati kita. Moga CINTA dari ALLAH bersemi indah dalam hangatnya pengharapan padaNYA.

Dengan hadirnya CINTA teragung ini, barulah kita akan menjadi hamba ALLAH yang sentiasa REDHA dengan ketentuanNYA. REDHA yang hadir tanpa paksa. Dan..yang penting, moga ALLAH juga meREDHAi kita dengan REDHAnya kita terhadap segala yang telah ditetapkanNYA.


"Wahai jiwa-jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang REDHA dan DIREDHAI-NYA. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKU, dan masuklah ke dalam syurgaKU" [90:27-30]

3 comments:

  1. "Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."

    Apabila hati telah rindu...
    Jiwa rasa bagai tertusuk sembilu...
    Aku ingin Allah sentiasa di hatiku...
    Merinduimu di setiap relung jiwaku..

    Ya Allah..penuhilah diriku dengan cintaMu..
    Aku ingin seperti Rabi'ah yang sanggup melepaskan segala-galanya demi redhaMu
    Amat mudah berbicara tentang redhaMu Ya Allah
    Tetapi amat sukar membuktikannya secara praktikal...

    Ya Allah...
    Aku ingin mencintaiMu sepenuh jiwaku..
    Perkenankanlah Ya Allah
    Hanya Kau yang mampu menentukan segala-galanya..

    ReplyDelete
  2. Demi cintaku kepadaMu,
    Aku akan redha buat apa sahaja,
    Demi cintaku kepadaMu,
    Aku akan sanggup hilang apa sahaja,
    Demi cinta ini,
    Aku tak rasa sakit bila ada yang menyakiti,
    Dengan cinta yang kuberi ini,
    Kau balas dengan berkali-kali cinta,
    Dengan cinta seperti ini,
    Aku rasa sangat bahagia!

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Wah.. umairzulkefli dan FRESHIE, mengungkapkan cinta di sini.

    Jazakumullah atas perkongsian ungkapannya..

    Memang indah bila sama-sama menyintaiNYA. Moga hati-hati kita sentiasa bersatu dan disatukan dalam naungan CINTA ILAHI yang SUCI.

    ReplyDelete

Ada benarnya: