Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Monday, December 14, 2009

DenDa!!

by the name of ALLAH

Hari ini..
Hari yang agak menarik. ^_^

Sabtu lepas:
"Aih, semua pakai cantik2 macam nak pergi kenduri jek!" OE menegur. "Haa.. memang kami tgah cari OE pun. Kami nak minta keluar awal, nak pergi kenduri kawan kat Shah Alam". "Boleh. Nak keluar pukul berapa?" "A, ah.. dalam pukul 10-11". "OK". Alhamdulillah, mudah sungguh SV kami OE(operation engineer) mengizinkan kami pulang awal.

Tapi, tiba giliran seorang lagi rakan untuk meminta kebenaran dari SVnya. Supervisornya memang agak garang, tapi baik hati sebenarnya. "Pak Long, boleh tak nak minta keluar awal? Nak pegi kenduri kawan". "Mana boleh. Semalam hangpa tak tolong buat job sapa suruh". Dan, dia terus keluar dari pantry itu.

Wah.. keadaan tegang sikit. Kami saling memandang satu sama lain. Takkan nak tinggalkan rakan kami seorang kot? Pernyataan dari Pak Long dibiarkan, dan minta izin dari admin di situ. Lebih kurang pukul 10 pagi, ketika itu Pak Long tiada. Kami pun punch out dan keluar menuju ke kereta. Ya, memang hari Sabtu ramai yang keluar masuk. Pakaian juga bebas. Kami pun bermusafir bersama ke Shah Alam.

Alhamdulillah, kami sempat sampai sebelum caterer mengemas dewan tersebut. Jika lewat je sedikit, pasti datang bersalaman sahajalah nampaknya dengan pengantin. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Moga ALLAH sentiasa melimpahkan RahmatNYA pada pengantin baru. Amin.

Hari ini.. Isnin.
Selepas morning meeting:
"1, 2, 3. Lepas ni jumpa saya di bilik meeting". Sambil tangan Pak Long menunjuk ke arah kami bertiga. Fuh!! memang sahlah kena basuh dengan Pak Long ni!

"Siapa bagi kamu keluar awal sabtu lepas? Saya angkat kad kamu bertiga, 10 lebih dah keluar." Saya menjawab, "kami minta dari OE". "O,oo kalau minta dari saya tak dapat, minta dari OE. Kalau minta dari OE tak dapat, minta dari bos. Kalau tak dapat dari bos, kamu minta pula dari CEO. Sama je la tu. Tipu namanya." "Kami minta maaf Pak Long." "Sebagai denda, lepas ni, makan dulu. Pastu salin coverall. Pegi tolong Azlan transfer scaffolding dari boiler ke CCTV area. Pastu, bersihkan dan basuh kawasan boiler. Dari tempat panel, sampai ke dinding. Faham?" Kami mengangguk sahaja. Dalam minda, terbayangkan kawasan boiler yang agak panas itu.

Sebelum keluar, saya memberanikan diri berkata, "Pak Long, sebenarnya kami memang dah minta kebenaran dari OE dahulu. Cuma Ati je yang minta dari Pak Long." Saya mahu Pak Long tahu bahawa kami bukan menipu dia. "Klw setia kawan sangat, tunggulah sampai pukul 12 baru keluar, pergi sama2." Itu jawapan Pak Long.

Kemudian, kami pun bekerja bersama-sama. Lucu pun ada. Technician yang lain turut membantu. Malah, OE sendiri turun membersihkan kawasan sekitar. Dan, mungkin kesian melihat kami kepenatan, OE belanja kami makan tengah hari.Ya, memang penat waktu itu. Terasa seperti sedang berlari 1500m waktu sekolah dahulu.

Satu pengajaran yang unik dan menarik! Walaupun kami didenda, kalau kita buat dengan rela.. kita akan rasa seronok. Betul, cubalah sendiri. Dan, sewaktu sedang kami mencuci kawasan boiler, Pak Long datang. Dia tanya, "Dah makan tak ni?" Risau juga dia ya.

Pengajaran: Buatlah sesuatu dengan rela. Jika kita rela dan redha, kerja yang berat akan terasa mudah dan ringan. Aplikasikan pula mathurat yang kita baca;
Aku rela dengan ALLAH sbg Rabb, Islam sbg agama dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul.
Sentiasa redha dan rela dengan setiap suruhan ALLAH. Pasti kerja seharian kita akan jadi lebih mudah. Kita juga kadang2 lupa, selalu kita mngharapkan keredhaan ALLAH, tapi diri kita sendiri yang sukar utk redha dengan ketentuan ALLAH. Jadi, sama2 berubah dari sekarang. Belajar untuk redha supaya diredhai ALLAH.

Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNYA. [Al-Fajr, 27-28]

2 comments:

  1. Yang penting, kena amanah dengan apa yang telah dipertanggungjawabkan ke atas kita.
    Sebagai pekerja, tunaikan hak majikan.

    Yang paling utama, sebagai hamba Allah, tunaikan hak Allah.

    ReplyDelete
  2. Salam. insyaAllah.
    Berusaha ke arah yg lebih baik. Lebih2 lagi, sifat amanah itu sendiri ada dalam diri pemimpin tertinggi kita, Rasulullah saw.

    Dalam usaha mencontohi akhlak baginda.
    Tq imammuda atas nasihat.

    ReplyDelete

Ada benarnya: