Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Thursday, December 24, 2009

Menyelam VS Tenggelam

by the name of ALLAH

"Cepat2, cari klu yang ni pulak!"
"Korang pergi ambil yg ni, kitorang pergi sini tau. Jgn salah."
"Eh, xyah pergi sana. Ni, dah dapat dah jawapan die."


Ini antara dialog2 sewaktu treasure hunt HSE days di Putrajaya kira-kira sebulan yang lepas. Walaupun kami hanya student praktikal, kami diberi peluang untuk turut serta dalam program yg dianjurkan company. Memang menarik. Banyak pengajaran yang diperolehi.

Banyak tempat2 menarik kami pergi sekitar putrajaya sepanjang treasure hunt tersebut. Namun, kurang terasa impak keindahan alam ciptaan Allah dan keunikan bangunan2 di situ.


Sewaktu mencari klu di Alamanda, saya tersedar perkara ini dan teringat kembali kisah seorang penyelam bersama seorang yg sedang lemas tenggelam dalam buku 'JALAN CINTA PARA PEJUANG', tulisan Salim A.Fillah. Ya, ketika itu, kami sedang tenggelam. Bukan menyelam. Rugi.

Sedangkan, ada kumpulan yang masih sempat membeli-belah sewaktu treasure hunt tersebut. Bukan menyesal kerana tidak dapat membeli-beli, tapi sedih kerana terlalu sibuk mencari klu, keadaan sekitar yg menarik diketepikan. Sempat juga melihat pemandangan2 yg cantik nan indah. Tapi, tiada satu pun gambar yg diambil sebagai kenangan. Kerana, kami tenggelam.

Begitulah, betapa ruginya kehidupan kita sekiranya kita tenggelam dan hanyut dalam arus dunia ini. Jika kita menyelam, kita akan 'nikmati' kehidupan ini. Menyelam di sini, bermaksud kita sedar dengan apa yang kita lakukan. Kita tahu apa tujuan hidup kita dan kita laluinya dengan hati yang tenang di dalam rahmat dan redha ALLAH. Ini namanya menyelam.

Jika kita tenggelam, pasti kita akan rugi.
1-kita sedang lemas, dada terasa sesak
2-kita tidak dpt menikmati keindahan lautan dan ikan2 ciptaan ALLAH
3-kita mungkin mati 'kembung' menelan bergelen-gelen air jika tidak diselamatkan

Jadi, untuk mengelakkan perkara2 ini berlaku dalam kehidupan kita, belajarlah berenang dan menyelamlah. Iaitu, cuba pelajari dan tuntutlah ilmu ALLAH dan amalkan, tidak kiralah ilmu dunia atau akhirat. Pastikan kedua-duanya seimbang dan dengan ilmu2 itu, kita dapat memahami serta mengamalkannya. Malah, kita mampu membimbing orang lain bersama, sama seperti si penyelam yang mengajar org lain menyelam. Itulah peranan kita sebagai seorang pemuda. Belajardan mengajar org lain. Menjadi golongan Robbani.. Supaya kita selamat sampai ke dasar yang cantik iaitu syurga dan keredhaan ALLAH.
"..Jadilah kamu pengabdi2 ALLAH, kerana kamu mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajrinya! [Al-Imran,3 ayat 79]"
Jadi, sama2 kita bangkit kembali dari kelemasan ini. Cuba kembali ke permukaan air dan tariklah nafas. Cuba berenang dan berpautlah pada apa jua yg boleh. Naik ke atas dan muhasabah diri. Cuba perbetulkan kesilapan dan buang kejahiliyahan.

Untuk pandai berenang, 1st step adalah: set pemikiran, jgn takut air, jgn takut lemas. Dan 1st step utk berubah; set pemikiran, jgn hirau apa org lain kata, jgn takut kritikan jika kita melakukan sesuatu yg benar. Seperti yg kita tahu, klw perkara ini tidak settle, kita takkan mampu berenang apatah lagi mengajar org lain berenang dan menyelam. Japi, buang semua pemikiran ini! Kita mampu berubah sebenarnya. Yang perlu dilakukan skrg ialah, LAKUKAN PERUBAHAN.

Jika kita TAHU, maka, MAHUkan diri untuk lakukannya! 

2 comments:

  1. cmne klu owng tuh bleh jln atas air????

    ReplyDelete
  2. Dik, soalan tu biar la betul skt. Mentang2 baru pergi kem PERMATA PINTAR, tanye soalan pelik2. Xpela, moga sentiasa dirahmati ALLAH. ^_^

    Klw boleh jalan atas air, alhamdulillah. Gunakan kelebihan yg ada utk membantu org lain.

    Dan yg paling penting,ikhlas, jgn riya'. Ok.

    ReplyDelete

Ada benarnya: