Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Monday, December 7, 2009

Handsome?

by the name of ALLAH


"Yang ni comel tak?" 
Adik Min menggelengkan kepala sambil bibirnya tersenyum-senyum.
"Yang ni pulak?"
Sekali lagi adik Min menggelengkan kepalanya.
"Aik, semua gmbar baby ni tak comel. Adik min sorg je ke yang comel?"
 Saya menduga adik Min yang memang comel dan bijak walau baru berusia hampir 4 tahun itu.
"Ha.. yang ni? handsome tak?"
 Saya menunjukkan gambar adik lelaki saya yang berbaju melayu hijau kepada adik Min. Kali ni, adik Min tersipu-sipu senyum dan menganggukkan kepalanya.

Astaghfirullahal a'zim.
Aduh.. kecil-kecil lagi dah pandai buat gaya macam tu. Baru test sikit je. Ish3.
Budak sekecil 4 tahun sahaja boleh tersipu-sipu seperti hendak mengiyakan rombongan datang meminang, apatah lagi respon remaja-remaja yang telah belasan dan awal 20 tahun dan seterusnya, tidak terkecuali. 


Patutlah remaja perempuan sekarang mudah cair dengan lelaki. Asal muka hensem sikit, pandai mengayat, pandai bergaya dan rambut stylo sudah cukup. Bila nampak 'macho' sikit, mulalah terpikat. Innnalillah.

Teringat kembali peristiwa pengisian di sebuah camp Gopeng.
Seorang ikhwah mengisi. Alhamdulillah, pengisiannya agak mantap. Tapi... lebih kurang 2 hari selepas program tamat, saya diberitahu, salah seorang anak buah saya menangis menyesal kerana katanya, dia tidak dapat fokus sewaktu pengisian ikhwah tersebut.


Alasan, ikhwah tersebut 'Handsome sangat'.



Wah.. memang terpana saya seketika. Anak buah sendiri yang mengadu begitu. Belum pernah kes seperti ini berlaku. Namun, alhamdulillah, dia sedar dengan kelalaiannya itu. Terasa serik juga saya untuk menjemput ikhwah tersebut mengisi lagi walau semua maklum, dia salah seorang yang mantap mengisi dan hebat dalam gerak kerja dakwahnya.


Setelah difikir-fikir, memang salah kedua-dua pihak. Bukan pihak si ikhwah. Tapi yang salah adalah anak buah saya, dan SAYA SENDIRI.


Kalau memang si ikhwah dijadikan memiliki rupa paras begitu, takkan lah kita nak minta dia pakai purdah pula kan? Jika waktu pengisian dipasang tirai, sukar pula para peserta hendak melihat tulisan yang ditulis di papan putih. Saya yang sepatutnya berpesan dan mengingatkan anak2 buah saya dari awal lagi. Jaga pandangan.

"Katakanlah kepada wanita yang beriman :"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya..." [An-Nur,24:31]


Moga kita sama-sama ambil ibrah dari kedua-dua kisah ini. Menjaga pandangan kita dari melihat perkara yang tidak halal, sebaik yang mungkin. Kerana dari matalah, hati akan tercalar dan dipanah syaitan, fikiran akan dibius dengan hasutan syaitan dan diri kita sendiri yang akan binasa.

Banyakkan berdoa dan mohon pada Allah agar kita tidak mudah tergoda dengan rupa paras kaum adam. Dan kaum adam juga, sebaliknya. InsyaAllah, kita mampu lakukannya.

Bersama, melihat dengan mata hati.

2 comments:

  1. hahaha tergelak pulak ana baca. penderaan hati secara xlgsg bile ikhwah mengisi.

    ana rase lengkali ajk iman kne wat mcm ni,
    "akhawat2 sekalian, selepas ni ade ikhwah akan isi slot. harap2 masing2 jaga pandangan, jaga hati. jgn sampai muke ikhwah tu yg masuk dlm hati tp ilmunya ntah ke mana. sekali lg ana ulang, jaga pndgn, jaga hati tp jgn smpai malu nk ty soalan sbb sekarang kita nk mnuntut ilmu."

    hehe pesan tu lagi baik daripada asik suh pakai stokin, baju kurung, stongan dan segala luaran2 tu.

    ReplyDelete
  2. huhu.. betul sgt kata freshie tu.
    InysaAllah, lepas2 ni kita prkatikkan sama2 dlm daurah bile ikhwah nak mengisi k.

    Moga perkara sprt ini tidak berulang lg.
    ^_^

    ReplyDelete

Ada benarnya: