Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Friday, December 11, 2009

GoDa

by the name of ALLAH

Satu ketika dulu..


Jangan gunakan kecantikan tu untuk menggoda kaum Adam.
Ya ALLAH, bila masa pula aku goda dia ni? Dia yang suka2 je bagi surat pada aku. Mula2 ingatkan biasa2 je, aku pun balas je la. Dalam 2 kali aku balas. Bila dia pos hadiah dan kad waktu hari lahir aku, aku rasa macam lain, rasa macam kurang best. Sebab pada awalnya, aku ingat dia bagi surat sebagai kawan lama, kawan 1 sekolah rendah dulu. Tapi, tanggapanku meleset. Ada udang di sebalik batu. Aku pun stop balas. Alasan yang aku bagi, tak sempat pos. Then, dia datang rumah aku time cuti, minta balasan surat tu.

Innalillah, terkedu juga bila dia datang semata-mata nak ambil surat tu. Mujur ibuku baik hati, menyuruh abangku meneman aku keluar ke pagar rumah memberi surat yang aku katakan tidak sempat pos itu. Dalam surat tu, aku beritahu pada dia yang aku sudah berpunya (note: sekadar alasan aku pada dia. Couple is haram), dan temanku tidak menggalakkan aku untuk membalas surat dia. Itu yang menyebabkan dia marah dan muncul ayat tentang 'menggoda' tu.

Ya ALLAH, tak pernah terlintas aku nak goda dia atau mana2 kaum adam lain. Dan, aku tak rasa keberjayaan dalam menggoda kaum adam mampu menjamin kebahagiaan dunia akhirat. Malah, pasti akan mendatangkan kemudaratan yang cukup besar.

"Perempuan2 yang keji untuk laki2 yang keji, dan laki2 yg keji untuk perempuan2 yang keji pula. Sedangkan perempuan yang baik untuk laki2 yang baik, dan laki2 yang baik untuk perempuan yang baik pula. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia iaitu syurga" [surah An-Nur: 26]
Ya ALLAH, jangan biarkan aku termasuk dalam golongan yang dituduh orang. Masukkan aku dalam golongan mereka yang bersih.

Mungkin ini ujian untuk aku. Seperti saidatina Aisyah, beliau difitnah dengan Safwan. Jauh lebih berat ujian yang dihadapinya. Dan aku, baru dituduh sedikit. Aku patut bersabar dan lebih tenang. Dan Alhamdulillah, selepas surat terakhir itu, tidak lagi aku menerima kiriman2 surat dari dia.

Alhamdulillah.

2 comments:

  1. salam...
    sesetengah lelaki memang mudah perasan. menganggap perempuan yang terpandang dan memandang kepadanya kerana ada hati kepadanya (perkongsian seorang teman).
    Oleh itu para wanita tundukkanlah pandangan dan pastikan tidak melayan karenah para lelaki yang mencuba mndekati..
    kerana itu hnya akan menambahkan keinginan di dalam hati mereka...[33:32]

    wallahua'lam...

    ReplyDelete
  2. Salam. benar ya umairzulkefli.
    Malah, bukan lelaki sahaja mudah perasan tapi perempuan juga sama. Kerana itu, dalam surah An-Nur, ayat mengenai menjaga pandangan ditujukan satu-persatu kepada lelaki dan perempuan.
    Terima kasih atas masukan.

    ReplyDelete

Ada benarnya: