Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Thursday, December 3, 2009

Pak Cik Tua

by the name of ALLAH

Teringat kembali ketika malam waktu menunggu bas di terminal Medan Gopeng baru2 ini. Kira-kira jam 9 malam. Menunggu bas untuk pulang ke Kuantan sempena Hari Raya Aidiladha.

Terlihat seorang pakcik tua meninjau-ninjau, mencari-cari sesuatu dari dalam tong sampah. Selepas satu, dia beralih ke satu lagi tong sampah. Plastik putih di tangan kanannya yang baru suku dipenuhi tin-tin kosong dipegang erat.

Terasa, betapa tingginya kesungguhan pakcik itu mencari rezeki. Walaupun jalannya agak pincang, tapi dia terus menerus melangkahkan kakinya menuju dari satu ke satu tong sampah.

Dan, amat menakjubkan dalam waktu hampir satu jam saya menunggu bas tiba di situ, pakcik tua itu saya lihat minimum empat kali mengelilingi terminal bas itu.

Kira-kira lebih dari 400m (ukuran padang sekolah dulu) lingkaran mengelilingi terminal itu. Tapi, pakcik ini tidak berehat. Dia terus sahaja berpindah dari satu tong sampah ke satu tong sampah secara berulang-ulang. Mungkin tidak mahu tertinggal walau sebuah tin yang baru dibuang ke dalam salah satu tong sampah di situ.

Ya Allah, hebatnya usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan pakcik itu. Dibandingkan diri kita, yang masih muda belia, adakah kita sanggup melakukan sesuatu yang tidak nampak hasilnya di depan mata. Seperti pakcik itu yang terus mencari walau tidak pasti ada tin yang baru dibuang.

Moga kita sama-sama jadikan kesungguhan pakcik ini sebagai teladan kita dalam dakwah ini. Terus-menerus mencari mad'u, tidak pernah jemu dan usaha yang sungguh-sungguh.

Jangan pernah berehat kerana mungkin saja jika kita tidak 'grab' mad'u itu, bila2 saja mad'u itu akan diambil orang lain atau lebih malang lagi, diambil olah event2 merosakkan, jawatan2 yang melalaikannya dan movie2 mengasyikkan.

Yuk, sama2 berbuat ikhlas kerana ALLAH. Ganjarannya, PASTI!

No comments:

Post a Comment

Ada benarnya: