Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Monday, December 28, 2009

disebalik ketetapan ALLAH

by the name of ALLAH

Tut.. tut..
"Assalamualaikum, Fai. Nak minta tlg bole?"
"Waalaikumussalam kak. Ye, nak minta tlg ape?"
"Huhu.. laptop akak tertinggal la kat surau"
"O.. ye ke? akak tak bawak balik ye? nampak juga tadi."
"Ha ah.. tak bawa balik. Tertinggal, lupa plk. Tlg simpankan bole? takut hilang pulak nanti"
"Ok. Bole je"
"K. Jazakillah, nanti akak amik kat bilik Fai k."

Semalam, Alhamdulillah ALLAH izinkan Halaqah Iman berjalan lancar. Ramai juga yg dtg berbanding minggu2 sebelum ini. Moga adik2ku terus istiqomah dan istimrar dalam mengejar cinta Yg Maha Esa. Ditetapkan ALLAH, laptop yg dibawa tertinggal di surau.

Malam itu, berbincang dan berkongsi rasa bersama sahabat di bilik. Pada awalnya merancang untuk mengambil laptop BenQ itu seusai berbuka dan solat maghrib, tapi.. terasa berat pula. Dan akhirnya;

Message:
'Salam. Fai n Zek, Esok kelas pukul berapa ye?'
'Salam. Esok kelas pkl 9. Knape kak?'
'Oh, ok. nak dtg amik laptop esok pagi, before akak pegi tmpat kerja.'
'Ok'

Akhirnya, pagi ini laptop diambil dan dibawa ke tempat kerja. Hari ini terasa agak ceria. Dengan cerita2 yg agak menarik. Ditambah dengan lukisan terbaru FRESHIE, "Pencuri!!" dan perkara2 lain. ^_^

Sekitar waktu 4ptg, sdg asyik berbincang dengan sahabat di sebelah meja tempat kerja sambil menyiapkan final report, terasa gatal tangan ini untuk membuka yahoo messenger. Jarang rasanya tidak buka YM jika on laptop.

Fuh! Sejenak terlupa apa yg sedang dibicarakan bersama rakan sebelah. Tertera di screen, 1 nama yang memang cukup dikenali. belum diapprove. "Slm." Itu sahaja yg diutarakan di kotak pesanan. Waktunya, 8.24pm. Dialah yg saya ceritakan dlm post kerana ALLAH. Subhanallah. Hampir 3 tahun berlalu, kali ini menjelma lagi.

Baru disedari, mengapa ALLAH menetapkan perasaan 'malas' utk mengambil laptop ini malam tadi. Jika tika itu saya mengambil laptop ini, sudah pasti wireless akan sentiasa melekap dgn laptop ini. Dan mungkin2 saja saya akan menjawab salam dia di waktu itu. Saya tidak pasti dari mana dia memperolah YM saya. Tapi, saya pasti.. di sebalik perkara ini, pasti ada satu ketetapan ALLAH yg penuh hikmahnya.

Walau apa pun, saya doakan kita semua ditetapkan yg terbaik di sisi ALLAH. Moga hati2 kita sentiasa kuat dan tabah dengan segala ujianNYA. InsyaAllah, saya akan selesaikan kes ini. Tapi, tidak pasti bila dan bagaimana. Mungkin waktu sy nikah nanti? Wallahu 'alam. Mohon doakan ya. ^_^


"...ALLAH (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Dan ALLAH Maha Mengetahui isi hati" [Al-Imran,3 ayat 154]

4 comments:

  1. pastinye rase terketar2 bile nmpk nama itu appear di YM bukan? hehe kalau ana salah teka minta maaf (^.^). analytical blue semakin menarik perhatian ana

    ReplyDelete
  2. oh freshi.. tekaan krg tepat. Alhamdulillah, ana mmg sudah bersedia menghadapi perkara ini. Kerana ana pasti, ana akan melaluinya juga. Jadi memang ana mempersiapkan diri. Cuma terhenti sejenak perbualan krn tiba2 je dia appear. Xsangka begitu cepat ketetapan ALLAH.

    Dan alhamdulillah, telah selesai sudah perkara ini. Tutup kes. Ana ceritakan di post akan dtg k. InsyaAllah. ^_^

    ReplyDelete
  3. And Linda, kawanku yg sentiasa comel (rasanya linda ni popular sanguine la. Huhu)

    Terima kasih atas kata2 semangat anti. InsyaAllah, satu hari nanti kita bertemu kmbali ya.

    ReplyDelete

Ada benarnya: